AGAMA DAN KEPERCAYAAN
a) Kepercayaan Alam
Sekitar
Kepercayaan kepada
bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah
ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti
matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah
sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah
alam sekitar.
b) Kepercayaan kepada
penyembahan roh nenek moyang :
Kepercayaan terhadap
nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan
dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas
kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon
pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan
menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan
garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat
Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang
memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh
nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing,
babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.
c) Kepercayaan kepada Anak
Syurga :
Kepercayaan kepada anak
syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan
dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan
ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai
perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan
kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
d) Kepercayaan kepada dewa :
Kepercayaan terhadap dewa
dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka
percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia
di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut
menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
e) Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha
semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat
tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia
dibawa masuk dari Sri Lanka.
f) Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti
Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang
pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk
menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan
beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa
seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan
diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut
menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga
sebagai satu unit terpenting.
g) Ajaran Toisme :
Diasaskan oleh Loazi dan
Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam
semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya
manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan
diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara
meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan
ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan
kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan
manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.