Persoalannya kini, kenapakah perkara khurafat ini masih berlaku dalam masyarakat. Kenapa masih ada umat Islam percaya kepada bomoh yang mengamalkan ilmu menurun walaupun Islam telah berkurun lamanya bertapak di nusantara ini?. Kenapa masih ada yang percaya kepada kubur keramat, bunyi burung hantu sebagai petanda adanya kematian. Memulakan kerja atau pindah rumah pada hari-hari tertentu. Kenapa masih ada yang percaya kepada musibah hari dan waktu. Ini berhubung kait dengan kelemahan akidah dan kerapuhan iman di kalangan kita. Kita lebih berminat mendalami ilmu syariah seperti munakahat, jenayat dan muamalat tetapi kita lesu apabila bab akidah dibentang atau dibicarakan oleh tuan guru. Sedangkan kita tahu, akidah merupakan paksi kepada kehidupan kita dan apa jua perkataan atau tindakan yang bertentangan dengan akidah akan menjerumuskan kita ke lembah syirik dan kufur.
isu-isu semasa #3
Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Melayu Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turun-temurun dari nenek moyang. Oleh itu, masyarakat Melayu Islam sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Di samping itu, masyarakat Melayu Islam mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.
Bulan Safar adalah salah satu bulan di antara bulan-bulan Islam yang sama dengan bulan-bulan yang lain, tiada bala’ atau sial dalam bulan Safar.
Banyak adat resam masyarakat Melayu yang boleh dikupas satu persatu mengikut penilaian agama, dan jika dinilai dari sudut agama Islam, banyak yang telah lari dan terpesong.
Persoalannya kenapakah masih ada masyarakat Melayu Islam yang masih lagi mengamalkan adat resam yang nyata bercanggah dengan agama Islam yang dianuti? Pepatah ada mengatakan bahawa“biar mati anak, jangan mati adat”, begitu sekali ungkapan yang diberi menunjukkan bahawa adat resam telah sebati dalam pemakaian kehidupan harian masyarakat Melayu sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan yang mana satu baik atau buruk untuk amalan seharian.
Posted by nANa at 9:46 AM 0 comments
isu-isu semasa #2
KHURAFAT~
Dari aspek psikologi pula, sesiapa yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan turun menurun.
Dari aspek psikologi pula, sesiapa yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan turun menurun.
Ia boleh menyebabkan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
:)
Posted by nANa at 9:43 AM 0 comments
MARI MENGENALI TAMADUN CHINA
TERRACOTTA WARRIORS
TEMBOK BESAR CHINA
TAMAN TIANTAN
ASIMILASI BUDAYA ATAU TAMADUN YANG DIADAPTASI KE ATAS SENIBINA ISLAM
Posted by nANa at 8:51 AM 0 comments
isu-isu semasa #1
Tuesday, April 17, 2012
Masyarakat Melayu Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.
(Al-Baqarah ayat 268)
Ayat ini mengingatkan bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit, perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala’ bulan safar dan lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh umat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa.
(Riwayat Bukhari)
Sesuatu bala’ atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut.
Namun begitu, ada kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan, kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut semata-mata.
Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.
Posted by nANa at 8:34 AM 0 comments
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Sunday, March 18, 2012
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
a) Kepercayaan Alam
Sekitar
Kepercayaan kepada
bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah
ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti
matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah
sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah
alam sekitar.
b) Kepercayaan kepada
penyembahan roh nenek moyang :
Kepercayaan terhadap
nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan
dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas
kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon
pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan
menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan
garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat
Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang
memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh
nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing,
babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.
c) Kepercayaan kepada Anak
Syurga :
Kepercayaan kepada anak
syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan
dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan
ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai
perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan
kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
d) Kepercayaan kepada dewa :
Kepercayaan terhadap dewa
dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka
percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia
di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut
menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
e) Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha
semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat
tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia
dibawa masuk dari Sri Lanka.
f) Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti
Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang
pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk
menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan
beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa
seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan
diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut
menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga
sebagai satu unit terpenting.
g) Ajaran Toisme :
Diasaskan oleh Loazi dan
Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam
semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya
manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan
diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara
meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan
ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan
kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan
manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.
Posted by nANa at 6:56 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)