skip to main | skip to sidebar

halwa telinga


PENGUNJUNG KAMI

CountersCounters.comOnline fast poker

demi masa

Archivo del blog

  • ▼ 2012 (9)
    • ► May (5)
    • ► April (1)
    • ▼ March (3)
      • AGAMA DAN KEPERCAYAAN
      • TAMADUN CHINA
      • PENGHARGAAN

TENTANG KAMI

NURUL AMALINA ADILLAH BURHANUDDIN
-NANA
-20
-CLUMSY
-111242291

NURSYAMIRA SAMSOR
-MIRA
-20
-MESSY
-111242288

WAN MUHAMAD SYAFIQ WAN SAFRI
-AWE
-20
-MR.PERFECT
-111241936

WAN AYUNI WAN MOHAMAD AKIL
-AYU
-21
-MRS.PERFECT
-111241930

Followers

THE PREVIOUS STORY

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Sunday, March 18, 2012




AGAMA DAN KEPERCAYAAN

a) Kepercayaan Alam Sekitar 

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

b) Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :


Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.



c) Kepercayaan kepada Anak Syurga :



Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.



d) Kepercayaan kepada dewa :



Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’



e) Agama Buddha :



Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.



f) Ajaran Confuciusnisme :



Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.



g) Ajaran Toisme :



Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.





Posted by nANa at 6:56 AM 1 comments  

TAMADUN CHINA

Tamadun cina merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia
ia bermula di Huang Ho dan Yangtze


LATAR BELAKANG TAMADUN CHINA

a) Zaman Permulaan 
Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti Hsia, Shang dan Chou- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal(peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini)
kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought.

b) Zaman Pertengahan- 
Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang

c) Zaman Peralihan-
Zaman ini merujuk kepada kedatangan pencerobohan orang Gazar ke atas China- Negara China diperintah oleh orang luar pada dinasti Song- pada abad ke-13 China ditakluk oleh orang Monggol- China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- pada abad ke-15 China sekali lagi diperintah oleh orang asing iaitu orang Manchu.

d) Zaman Moden-
Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadun ini. China telah dikalahkan oleh barat dalam perang candu. 
Barat memperkenalkan konsep "Most Favored Nation"
china mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan "Gerakan Menguatkan Diri"
dan "Reformasi Seratus Hari"- tetapi gagal.


Posted by nANa at 6:49 AM 0 comments  

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kami sekumpulan bekerjasama menyiapkan blog TITAS ini. Kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus yang diwajibkan bagi semua pelajar sarjana muda IPTA sejak 1998/1999.

Tidak dilupakan juga pensyarah TITAS kami,  Puan Fariza Mansoor yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan- rakan sekumpulan yang banyak membantu dan memberi kerjasama sehingga terhasilnya blog ini.

Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam blog ini, segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.


sekian..
terima kasih :)

Posted by nANa at 6:48 AM 0 comments  

Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License